Sabtu, 29 Ogos 2009

SELAMAT DATANG KE KELAB AIMAN

Hai...saya Aiman saya baru bina blog ini untuk sape-sape sudi jadi rakan Aiman.

Aiman tak kisah nak kawan dengan sape-sape aje.Janji ibu tak marah.Sekarang Aiman hanya ada ibu,babah dan kak Myra (La Dolce Amyra) aje sebagai kawan.


Kat sekolah ada la ramai kawan,tapi belum ada yang betul-betul bestfriend.

Nak tau sape Aiman? Umur Aiman lapan tahun .Aiman sekolah kat Penang darjah dua sekarang.

Aiman suka main game kat internet sampai babah marah.Selalu gaduh dengan kakak pasal berebut komputer.Babah selalu naik angin.


Aiman suka makan tapi tak la gemuk sangat.Aiman sekarang puasa tak tinggal lagi.Tahun lepas Aiman puasa penuh.Ibu janji bagi duit raya kalau Aiman dapat puasa penuh.Tahun lepas Aiman dah dapat.Tahun ni Aiman nak cuba lagi.


Tapikan Aiman susah sangat bangun sahur.Kadang-kadang babah kokong sampai meja makan.

Selalu sahur Aiman tak sedap nak makan.Tapi AIMAN TAK KISAH.


Takat ni dulu Aiman tulis tapi sebelum tu Aiman nak kenalkan LA DOLCE AMYRA kakak Aiman.Kak Myra darjah 4 sekarang. Sama sekolah dengan Aiman.Kami pegi sekolah babah dan ibu antar.Kadang-kadang kami jalan kaki jer pasal sekolah depan rumah jer.


Ok bye..bye jumpa lagi nanti. AIMAN TAK KISAH bila pun kalau Aiman senang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan